Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

May 30, 2011

Seharusnya kembali menulis


Assalamualaikum, selamat bercuti untuk semua warga sekolah. Dari pengetua mahupun staf yang paling kurang di'prihatin' di kawasan sekolah.. Biar tidak semua yang bercuti 100%, sekurang2nya pekerja sekolah tidak lagi berhadapan dgn gelagat anak2 pelajar. Blog ini, jarang2 disentuh, dibelai mcm sebelum.. Usah merajuk ye, syg... sungutan mereka yg sering mengikuti perjalanan blog ini..
"Umi... jarang menulis ek? "
"Kenapa umi tidak menulis lagi?"
"Umi... tulislah... "
Fuh... demikian keperluan - kerinduan..
Malam ini kembali menulis - impiannya biar terus menerus hingga tangan ini tidak mampu lagi menekan keyboard kerana kudrat yg kian lelah kerana juang umi hanya di sini. Meluah rasa dan resah, berkongsi ceria dan bahagia ... dalam coretan yg tidak seberapa. Namun untuk kalian yg sangat mengenali umi - Sesungguhnya faham benar, tiap tutur dan catatan ini ada makna yg tersirat, ada hajat yg sangat mekar..

ADA HAJAT DAN SERUAN BARU
Baru-baru ini dikunjungi shbt dari Bangi - Tuan Haji Khanafi dan keluarga - Aslaniah isterinya teman seperjuangan, sgt rapat tika di UM. Beliau baru pulang dari Kemboja, subhanallah... tragis ceritanya. Lelah hati, sayat dan pilu - saudara kita di sana sangat memerlukan
'sedikit' pengorbanan - namun lembu yg disembelih agak mahal krn perlu dibeli dari non-muslim, di'import' . Shbt yg budiman ini berfikir, tidak sudah hal demikian, lalu dibuat usaha - membela dan menyediakan lembu bagi tujuan akikah dan korban umat di Kemboja. Allahu akbar, hanya Allah yang mampu membalas usaha murni ini. Justeru kantung umat Islam lebih lebat terisi.. Semoga usaha ini diberkati Allah - semakin ramai yg menyumbang dgn cara yang teramat mudah.. Hanya perlu 'klik' .. (linknya umi telah sediakan di ruangan paling atas) - sumbanglah sekadar yang termampu - seikhlasnya.. Allah lebih tahu.

No comments:

zwani.com myspace graphic comments