Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 2, 2011

Getaran Jiwa Anak-anak PMR 2011


Assalamualaikum wbt..

Sekian tiga tahun bertungkus-lumut menadah ilmu (bagi yang benar2 belajar dan menuntut). Esok, 4hb Okt adalah tarikh bermula perjuangan. Umi nak wish anak2 sedara (Bazilah, Din) dan anak2 pelajar smkb, smkab serta semua yg pernah berguru dengan umi. Wish all of u THE BEST! Jangan lupa beberapa tips ini;
1. Tidur awal - baca surah al-Mulk, sebelum tu - jumpa mak ayah. Cium tangan, minta maaf.
2. Bangun tidur awal - breakfast wajib. pastikan keperluan peperiksaan cukup!
3. Sebelum keluar rumah, baca ayat Qursi.
4. Sampai dewan, jangan lupa baca doa (pastinya ust2 dah bagi kat sekolah)
5. Mulai dengan bismillah, doa.. ayat qursi baca spy hilangkan gemuruh.
6. Semak betul2 sebelum serahkan jawapan. Then tawakal. Insyaall

Soalan SPOT 2011

Hmm sebenarnya tahun ni, umi tak berapa seronok nak buat soalan ramalan, ntahlah.. cuma beberapa ayat kefahaman yg terlintas, termimpi. InsyaAllah, menjelang petang nanti, umi buat satu entri khusus untuk anak2 PMR ye.. Pagi2 ni byk kerja lain kena settle dulu. Gud Luck semua!

Sep 13, 2011

USAH MUDAH MENGATA


"Eh.. aku tengok bukan main sakan lagi *** berniaga.." Berkata seorang sahabat.

"Alhamdulillah... sekurang-kurang dia berusaha.." Umi menjawab.

" Ya Allah... duit gaji dah berlambak, buat apa nak niaga lagi... " Sungut sahabat itu lagi.

Dahinya berkerut.

" Datuk Siti Nor Bahiyah bukan sekadar berceramah yg ribuan 'income'nya, malah ada butik sendiri, selain consultant anak soleh, juga beberapa aktiviti niaga yang lain. Dato' Haji Fadhilah Kamsah juga seorang usahawan, ramai lagi org2 yg bergaji tetapi berniaga.. kita sahut seruan sunnah .. 99% pintu rezeki.." umi menduga.

Sahabat itu terkedu.

Dahinya berkerut.

JANGAN SELALU MENGATA

Kita selalu sentiasa merasakan, org berniaga tu banyak duit. Alhamdulillah. Rata-ratanya begitu. Namun ada yang berniaga sebab menampung keperluan bulanan. Barang harian semua dah mahal.. minyak naik, pampers naik, mas kahwin pun naik!! Umi sering menerima sungutan shbt2 yang bertungkus-lumus berniaga ni.

"Malaslah umi, depa dok kata kita kaya... walhal, depa tak tahu kita ada tanggung banyak.. duit gaji ciput jer, bila niaga ni boleh la ber'kuak' sikit.. bukan boleh jadi jutawan pun! Untung pun cukup2 makan.." sungut seorang kawan yang berniaga.

"Biarlah... kata-kata depa tu doa.. nanti kayalah!" umi nak sedapkan hati. kebetulan umi pun sering menerima kata-kata yang sama.

"Bilalah org melayu kita nak maju jika pakat dok berdengki macam ni.."

"Terus jer menjual...Allah tahu, kalau dapat pembeli di kalangan org yang dok mengata tu, lagi best! " Umi angkat ibu jari..

"Umi ni... " rajuk sahabat.

"Relax ler... jgn tention.. alang2 berniaga.. biarlah jutawan. Dapat dua gaji. Cuma kena pandai cari bisnez yg sesuai dengan kita, kemahiran kita. Nak tunggu org tak mengata, sampai bila kita tak bergerak.. " Umi tersenyum. Sahabat niaga nampak lega.

Syukurlah..

JADILAH INSAN YANG SENTIASA MEMBERI

Fikir-fikir, hidup kat dunia ni, tidak pasti bila... ajal maut tak tentu bila. Pernahkah terfikir, apakah 'guna' kita kepada insan sekeliling? Adakah kita sentiasa menyenangkan ahli keluarga, sahabat dan taulan.. atau ada @ tiada kita sama sahaja. Yang lebih ditakuti.. tiadanya kita lebih menyenangkan orang lain. Nau'zubillah. Umi suka kata-kata tema SaifulIslam - "Erti Hidup Adalah Memberi".. cuba sebaiknya aplikasi dalam keluarga, sentiasa memberi kepada suami yang terkadang perlu bantuan kewangan tanpa merungut, mahupun berkira.. sentiasa memberi ruang anak2 bersuara - mana yang suka @ yang tidak suka - sentiasa 'ada' ketika mereka memerlukan kita, sentiasa memberi apa yang termampu. Bukankah kita juga bahagia bila melihat orang lain bahagia - lebih best lagi, kita yang membahagiakan mereka! Manakah yang lebih seronok.. bila anak2 merungut.. "Mak ni... asyik membebel jer, kita buat semua tak kena..!! atau kita terdengar anak2 bersembang sesama mereka.. "eh.. abang dengar mak kita ada masalah kewangan, apa kita kumpul duit dan belikan sesuatu yg boleh bantu mak kita? .. atau "Mak kita tu... best, kan.. abang! " Justeru keluarga yang sentiasa memberi akan dilimpahi sifat saling berkorban dan tidak mementingkan diri.

SELAMAT EID FITRI

Raya adalah satu kejayaan. Sebulan bersekang dengan nafsu segala. Mudah-mudahan, segala amalan kebajikan - ikhlas - diganjarkan Allah pahala dan syurga. Belum terlambat kiranya, umi nak ucapkan selamat hari raya... Maaf segala-galanya! Semua anak-anak, kekawan, sedara-mara. Pastinya dalam pergaulan, byk bicara yang tersasul, ada hati yg terluka. Lebaran ini adalah ruang terbaik untuk memohon maaf.. Ampunkan segala kesalahan hamba ini, waimma ianya disengaja apatah lagi tidak disengajakan.

Jun 19, 2011

Sesuci Kasih Bonda


Assalamualaikum wbt. Semenjak bertemu dgn dengan lagu Ibuku (Nyanyian Haddad Alwi n Farhan si cilik), satu keluarga kami asyik memelodikan lagu itu hampir saban saat, terutama anak ke-4 umi, Nuzhan yg amat mirip gaya dgn penyanyi asalnya. Ya Allah.. lagu itu, sebenarnya umi download untuk 'recall' - alih2 airmata yang tidak pernah kering sebaik menikmati lagu, kemudian mencari pula videonya dalam 'youtube' - Subhanallah comelnya si farhan itu rupanya, mudah2an dia akan terus jadi penyanyi lagu dakwah. Terasa kehangatan arwah bonda tatkala mendakap umi di kala tangis dan merajuk. Terasa ciuman sayangnya yg sering singgah di dahi sambil mengungkapkan rasa kasih kasih dan sayang..


Lirik Lagu Haddad Alwi feat. Farhan Ibu Lyrics

bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beriku penerangan
selembut sutra kasihmu ’kan
selalu rasa dalam suka dan duka
kaulah ibuku cinta kasihku

terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku

pengorbananmu sungguh sangat berarti


sinari hidupku dengan kehangatanmu

Jun 12, 2011

Peringatan tentang sakit - ada hikmahnya!


Semoga Allah SWT yang menguasai tubuh kita memberikan anugerah sihat lahir dan batin. Bersabar ketika diuji sakit dan bersyukur ketika dikurniakan sihat. Berapa ramai insan yang diuji sakit terhina karena ketidaksabarannya manakala dianugerahi nikmat sihat terhina karena ketidaksyukurannya. Sabar adalah kegigihan kita untuk selalu berada di jalan yang Allah sukai.

Sabar bukan hanya ketika diuji sakit, tapi juga sabar ketika diuji dengan masa lapang. Ketika sedang diuji sakit, kesabaran seseorang akan tampak dari akhlaq dalam berdepan dan bergelut dengan sakitnya. Tidak jarang orang sakit bicaranya tidak karuan, penuh dengan keluh kesah, dan emosi. Sungguh, sangatlah rugi bagi seseorang yang ketika diuji sakit merungut penuh emosi,mengeluh dan berburuk sangka dengan Allah SWT. Malahan perlakuan itu tidak akan menjadikannya sembuh.

Lalu, bagaimana sikap sabar kita dalam menghadapinya? Adabeberapa sikap sabar yang bisa kita latih disaat kita diuji sakit. Pertama, sikap berprasangka baik kepada Allah. Diawali dengan menyadari sepenuhnya bahwa tubuh ini bukan milik kita, melainkan milik Allah.

Dia berkuasa penuh akan tubuh kita. sihat atau sakit, itu hak Dia (Allah). Meski usaha pergi berjumpa dan merawat dengan doktor, sudah dilakukan, tetap saja semua ada dalam genggaman-NYA. Dan kita pun patut sedar bahawa setiap sakit yang kita derita pada hakikatnya sudah diukur Allah. Maka biasakanlah untuk mengucapkan“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun” ‘Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-NYA lah tempat kita kembali’.

Sikap sedar tersebut akan berbuah keyakinan. Yakin bahwa AllahSWT tidak akan menimpakan suatu penyakit pada kita bila tidak ada hikmahnya. Sehingga kita terpanggil untuk mengintrospeksi diri. Mungkin saja sakit yang kita derita karena tidak terpenuhinya anggota tubuh kita akibat kelalaian seperti terlalu sibuk berfikir sehingga kepala menjadi pusing, mengabaikan hak perut sehingga perut menjadi sakit, tidak meyempatkan riadah sehingga tubuh mudah lemah dan kelalaian dalam memenuhi hak anggota tubuh lainnya.

Sikap sabar yang kedua yang harus dikuasai yaitu sikap menerima sepenuhnya akan ketentuan Allah. Tidak berkeluh kesah. Keluh kesah adalah tanda – tanda dari ketidaksabaran. Biasanya, orang sakit menderita itu bukan karena sakitnya, melainkan karena emosinya. Dan itu terjadi karena kurang redha menerima ketentuan Allah dan biasanya terdorong keinginan untuk dikasihani, sehingga orang – orang bersimpati kepadanya. Oleh karena itu, betapapun parahnya penyakit kita, cubalah untuk sabar dan redha.

“Wahai orang – orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan sholat, sesungguhnya Allah beserta orang – orang yang sabar”. (al-Baqarah: 153)

Sikap yang ketiga, dengan menafakuri hikmah sakit. Selain sebagaisarana untuk meuhasabah, mengintrospeksi diri juga sebagai sarana pengguguran dosa seperti gugurnya daun dari pepohonan. Saudaraku, sesungguhnya hidup sukses, menang mengarungi hidup, mudah mendapatkan pertolongan Allah, dan kemampuan untuk dekat dengan-NYA hanya dimiliki oleh orang – orang yang sabar. Untuk itu jadikanlah sabar sebagai penolong kita seperti halnya Sholat yang kita kerjakan.“Jadikan sabar dan sholat sebagai penolongmu”. Hal itu disebut dalam al-Quran;

(dikutip dari Majalah Al-Falah)

May 30, 2011

Seharusnya kembali menulis


Assalamualaikum, selamat bercuti untuk semua warga sekolah. Dari pengetua mahupun staf yang paling kurang di'prihatin' di kawasan sekolah.. Biar tidak semua yang bercuti 100%, sekurang2nya pekerja sekolah tidak lagi berhadapan dgn gelagat anak2 pelajar. Blog ini, jarang2 disentuh, dibelai mcm sebelum.. Usah merajuk ye, syg... sungutan mereka yg sering mengikuti perjalanan blog ini..
"Umi... jarang menulis ek? "
"Kenapa umi tidak menulis lagi?"
"Umi... tulislah... "
Fuh... demikian keperluan - kerinduan..
Malam ini kembali menulis - impiannya biar terus menerus hingga tangan ini tidak mampu lagi menekan keyboard kerana kudrat yg kian lelah kerana juang umi hanya di sini. Meluah rasa dan resah, berkongsi ceria dan bahagia ... dalam coretan yg tidak seberapa. Namun untuk kalian yg sangat mengenali umi - Sesungguhnya faham benar, tiap tutur dan catatan ini ada makna yg tersirat, ada hajat yg sangat mekar..

ADA HAJAT DAN SERUAN BARU
Baru-baru ini dikunjungi shbt dari Bangi - Tuan Haji Khanafi dan keluarga - Aslaniah isterinya teman seperjuangan, sgt rapat tika di UM. Beliau baru pulang dari Kemboja, subhanallah... tragis ceritanya. Lelah hati, sayat dan pilu - saudara kita di sana sangat memerlukan
'sedikit' pengorbanan - namun lembu yg disembelih agak mahal krn perlu dibeli dari non-muslim, di'import' . Shbt yg budiman ini berfikir, tidak sudah hal demikian, lalu dibuat usaha - membela dan menyediakan lembu bagi tujuan akikah dan korban umat di Kemboja. Allahu akbar, hanya Allah yang mampu membalas usaha murni ini. Justeru kantung umat Islam lebih lebat terisi.. Semoga usaha ini diberkati Allah - semakin ramai yg menyumbang dgn cara yang teramat mudah.. Hanya perlu 'klik' .. (linknya umi telah sediakan di ruangan paling atas) - sumbanglah sekadar yang termampu - seikhlasnya.. Allah lebih tahu.

May 19, 2011

Bicara dari USM- Indahnya berkasih-sayang..


Assalamualaikum, salam rindu untuk semua. Sabda Nabi Junjungan 'Menuntut Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad' - MasyaAllah, terasa sangat hebatnya nasihat ini, menjadikan umat jadi yang terhebat, supaya tiada yg boleh permainkan kita, supaya tidak jumud dan taraddud sepanjang masa. Dengan ilmu, kita boleh ke mana-mana, malah dengan ilmu - seseorang itu boleh jadi jutawan! Semalam tika singgah solat di masjid USM, umi ditemukan Allah dengan seorang ibu muda - pelajar PHD Sains kemasyarakat USM - namanya - Radieah sdg mengulit anak kecil, aiman (3 bulan).. dlm hati, terselit rasa kagum. Subhanallah!! temukanlah hati kami.. kerana kuingin meraih sifat teguh, tabah ibu muda ini. Justeru terhimpun jiwa2 cekal berjiwa tarbawi.. Indahnya berkasih-sayang...

Mar 7, 2011

Ceritaku untuk semua

Assalamualaikum semua. Berhari-hari sebenarnya menunggu saat indah melakar dan menulis di ruangan blog ini. Syukurlah pagi ini.. ada sedikit kesempatan. Sesungguhnya, sukar benar mencuri masa, apatah lagi mengejarnya. Sangat rugi,insan yang mensia-siakan masa anugerah-Nya. Dua hari, mencari jejak pengajian master yang terbengkalai sebulan. Subhanallah, sukarnya merangka walau sebaris ayat. Usaha- demi usaha, perah minda yang hampir beku. Akhirnya terserlah 5 helai. Ya Allah... rupanya, akibat dari lama menyepi. Sukar juga menulis di blog, bagai gersang idea. Alhamdulillah.. umi kembali merangkak. Moralnya: tiap sesuatu jangan dibiarkan lama. Demikian juga dari aspek yang lain. Terkadang ada lintasan hati untuk menghubungi rakan lama, "Eh, biar dulu.."... "Nantilah...!". Fuh, itulah sebenarnya lintasan dan bingkisan iblis untuk meranapkan ikatan ukhuwwah, tanpa sedar. Justeru, umi seru semua ye... jika ada niat terus laksanakan, jika ada hajat terus buat. Jika ada impian, terus kejar. Jangan tangguh dan lambat-lambat. Ruginya kita sendiri. Sayang semua!!

Jan 22, 2011

Fuh.... penat !!

Assalamualaikum semua! Selama 'bercuti' menulis di blog ini, selama itu juga hati umi sentiasa rindu kat blog ini - waduh! kangen.. x tahu la, masih 'popular' lagi kah? uhuk uhuk... agaknya anak2 yg sentiasa melawat blog ini pun dah boring.. buka2, masih entri lama dan lapuk! Alahai.. sibuk benar kali ini. Anak sulung di tingkatan2 SMART, anak no-2, Nubhan di TAhfiz Sains, anak ke-3 dan ke-4 , iffah dan an sedang pulun menonjolkan diri di sekolah baru (SK PUlai) - umi pulak, bagai terkejut dengan panaurama baru di SMK Baling. Justeru membuat beberapa tekad dan azam pulak. Alhamdulillah setakat ini 'maintain'..
1. Solat Dhuha
2. Mathurat pagi & petang (dgn suami/anak2)
3. Solat berjemaah asar, maghrib dan isyak tiap hari.
4. PAstikan anak2 siap homework dan seterika baju sendiri.
5. Dan lain-lain..... etc..
Fuh! Penat juga ye.. jadi ibu, guru, pendidik, guru tuisyen, pendakwah dan bisneswoman.

Tahun 2011 - dalam usaha memenuhi minat berniaga dan menulis serta berkomunikasi dengan masyarakat, umi mendaftarkan diri sebagai agen MAA Takaful. Alhamdulillah, terasa sangat bermanfaat, membantu umat ISlam menyelamatkan ringgit mereka. Melindungi diri dan keluarga. Rupanya ramai yg takut nak discuss pasal mati - walau hakikatnya mereka tahu MATI itu pasti!! Justeru jika ada di luar sana, anak2 .. shbt2 yg belum melindungi diri dan harta - jom hubungi umi 0135841012 . Bertindak... sebelum terlambat!!
zwani.com myspace graphic comments