Syeikh Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan yang mengatakan wanita Islam wajib menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.Inilah pandangan jumhur ulama semenjak zaman sahabat r.a. Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said, (seorang prof di Universiti al-Azhar) yang merupakan seorang ulama dalam gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir juga mempunyai pandangan yang sama. Syeikh Abdul Sattar berpendapat hijab diwajibkan ke atas wanita Islam dan memakai purdah adalah fadhilah bukan wajib. Adalah tersasar pandangan yang mengatakan berpurdah merupakan satu bida’ah dalam agama.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menyatakan pandangan dalam katanya:
وأفضل للمسلمة المشتغلة بالدعوة:ألا تنتقب؛ حتى لا تضع حاجزًا بينها
وبين سائر المسلمات، ومصلحة الدعوة هنا أهم من الأخذ بما تراه أحوط
Maksudnya: Dan adalah afdhal bagi wanita muslimah yang terlibat dengan aktiviti dakwah bahawa dia tidak memakai purdah (niqab) kerana (dengan memakai purdah) boleh menjadi penghalang antara dia dengan wanita-wanita Islam yang lain. Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama di sini daripada mengambil pandangan yang dilihatnya lebih berhati-hati.
Semoga Allah swt mengurniakan keberkatanNya untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment