Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Mar 17, 2010

Selesai KEM MUJAHID BESTARI... Alhamdulillah!


Assalamualaikum semua! Seni meraut kasih. Lidah yang tidak bertunjang... KEM MUJAHID BESTARI berakhir dengan gemilang. Alhamdulillah. Komitmen yang padu dari semua yang terlibat. Subhanallah... teruja dengan kehebatan anak-anak muda kini. Anis, selaku ko-ordinator jua urusetia, anak2 fasi yang berwibawa belaka. Terimakasih Yusuf, Amirul, Ady, Amin dan Khoha - Fuh! mantap dan penuh hemah mendidik adik2 peserta dengan penuh kasih-sayang. Pengurusan tidak salah memilih! Sehingga di akhir program, anak2 peserta merangkul penuh kasih-sayang, bagai tidak mahu berpisah. Ya Allah.. hebatnya ukhuwwah.. waris yang hadir tidak lepas mengesat air mata kesyukuran. Beberapa ibu yang bertemu umi ketika selesai slot 'Bersama Permata Hati' membisikkan bicara.. "Terimakasih.. bila lagi kem yang berikut ?" MasyaAllah.. semoga Allah memudahkan laluan tarbiah kami..

umi - tidak dapat menahan sebak melihat golongan bapa yang menyeka air jernih dengan hujung kemeja tika anak tersayang mampir memeluk erat penuh kerinduan! Ya Allah.. bahagiakanlah keluarga ini!

2 comments:

Ridzuan Digital4All said...

Ummi, tahniah atas kejayaan menganjurkan kem sedemikian. Semoga ada ruang dan peluang untuk dianjurkan lagi pada masa yang akan datang.

Maaf, lama sgt rasanya wan tak menjengah, mahupun bertanya khabar lantaran sibuk. Walaupun bercuti seminggu di Kulim, tapi sibuknya hanya Allah yang tahu.

Apa-apapun, kalau ada peluang, wan teringin juga mencurah bakti dalam kem-kem sebegini. Semoga Allah memberi ruang dan peluang pada wan. Tlg sampaikan salam ummi kepada abi, lps ummi baca komen ni.

Barakallahu fikuma ya ummi wa abi.

aLong baik said...

assalamualaikum

terima kasih kerana memberi peluang kpd kami n percaya kpd kami semua

http://www.youtube.com/watch?v=EeDsLDB9u9Q

http://www.youtube.com/watch?v=wjJP0FPoyRY

zwani.com myspace graphic comments