Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Mar 31, 2010

Warisanku...


Assalamualaikum semua. Anak2, sahabat di luar sana.. hari ini sibuk seperti biasa, kelas, kerja sekolah.. latihan nasyid (tahniah.. anak2 peserta nasyid, johan zon), terus berjuang! Tarbiah anak masa kini, jenuhnya teramat. Pincang didik, andai tersasar barang sejejak.. natijahnya ruh dan jiwa mereka bisa tergapai gersang. aduhai, anak-anak umi. Allahu akbar! Bantuan-Mu teramat kudambakan...

Mar 17, 2010

Selesai KEM MUJAHID BESTARI... Alhamdulillah!


Assalamualaikum semua! Seni meraut kasih. Lidah yang tidak bertunjang... KEM MUJAHID BESTARI berakhir dengan gemilang. Alhamdulillah. Komitmen yang padu dari semua yang terlibat. Subhanallah... teruja dengan kehebatan anak-anak muda kini. Anis, selaku ko-ordinator jua urusetia, anak2 fasi yang berwibawa belaka. Terimakasih Yusuf, Amirul, Ady, Amin dan Khoha - Fuh! mantap dan penuh hemah mendidik adik2 peserta dengan penuh kasih-sayang. Pengurusan tidak salah memilih! Sehingga di akhir program, anak2 peserta merangkul penuh kasih-sayang, bagai tidak mahu berpisah. Ya Allah.. hebatnya ukhuwwah.. waris yang hadir tidak lepas mengesat air mata kesyukuran. Beberapa ibu yang bertemu umi ketika selesai slot 'Bersama Permata Hati' membisikkan bicara.. "Terimakasih.. bila lagi kem yang berikut ?" MasyaAllah.. semoga Allah memudahkan laluan tarbiah kami..

umi - tidak dapat menahan sebak melihat golongan bapa yang menyeka air jernih dengan hujung kemeja tika anak tersayang mampir memeluk erat penuh kerinduan! Ya Allah.. bahagiakanlah keluarga ini!

Mar 8, 2010

Maafkan umi.... Semangat Mujahid bermula!

Assalamualaikum semua! Afwan sangat......really sorry for those 'miss' me here! Ya Allah, betapa umi sangat merindui kalian.. Subhanallah.. Allah Maha Sempurna, Pemilik Segala sesuatu. Ya Rahman, Ya Rahim.. dianugerahkan sayang dan rindu kepada kita semua. Sebenarnya umi diterpa dengan ujian segenap segi, sukar dinukil dan dikongsi. Ujian itu membataskan masa umi di internet, juga menangguhnya urusan penulisan prosposal master umi. Ya Allah... Anak2, shbt, tolonglah doakan agar segalanya berakhir, diselesaikan dengan sempurna. Semoga Allah anugerahkan seribu ketenangan untuk umi. Tiada bicara seindah pujian buat Yang Maha Segala.. Sekadar berkongsi... bahang KEM MUJAHID BESTARI yang semakin hampir. Fuh! cabaran.. mentarbiah, berkongsi kasih-sayang dengan anak-anak lelaki pula.. Barangkali hasilnya semakin mantap! Segalanya terjawab bila selesai kem. InsyaAllah! Anak-anak umi semakin tidak sabar membilang hari.. Alhamdulillah, sambutan hangat di kalangan sahabat dan peminat. Biar di Baling sendiri, pada tarikh yang sama - ada 2 kem yang serupa - Subhanallah! Penyempurnaan tarbiah, objektif kem terletak pada bijaksana co-ordinator program / pengendali modul ( abi, umi, anis), tekun-kasih urusetia, prihatin sayang barisan fasilitator yang terpilih. Doakan segalanya berjaya disempurnakan. InsyaAllah!

umi: Keda Resort Bendang Man........ Bestari's Back!!
zwani.com myspace graphic comments