Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 30, 2009

Bunga-bunga CINTA SeMPEnA Hari LAhir

Alhamdulillah... Hari ini genap usia umi 39 tahun. Tambah seri, tarikh keramat ini dikongsi bersama dengan anak ke-2, Nubhan. Kejutan suami tersayang saat menjelang jam 12 tengah malam masih terasa. Panggilan telepon dari insan-insan yang mengingati tarikh keramat, jeritan mesej yang tidak berhenti dari jam 12 tengah malam. Ucapan dan pelukan kasih dari sahabat-sahabat seperjuangan di SMKB. Senyum lirik anak-anak pelajar dan alunan lagu 'Allah selamatkan kamu.. ". Tika membuka internet, teruja dengan ucapan hepi besday melalui blog umi. Terimbau kejutan sambutan harijadi di KRB 09' oleh anak-anak fasi dan urusetia. Segalanya adalah satu ANUGERAH! Ya Allah, menikmati ANUGERAH ini, menjadikan umi insan yang tidak berhenti bersyukur, terimakasih, Ya Tuhan.. Ya Rahman.. kerana limpahan kasih-sayang pastinya dari-Mu jua. Ikhlas memberi dan menebar kasih. Doakan umi sejahtera dunia akhirat, doakan ketabahan untuk hati dan jiwa yang lemah ini, doakan kesihatan untuk jasad ini. Ya Allah, janganlah kau paling palingkan nikmat ini. Terasa kehangatan silaturahim muhajirin dan ansar suatu dekad yang lalu.. InsyaAllah... Sesungguhnya, hari ini adalah hari mengingati saat getir ibu melahirkan. Al-Fatihah... Kudus doa untuk bonda tersayang (Arwah Munah Hj Abdullah) , kasih-sayangmu tak ternilai.. Terimakasih ibu...

- umi berkongsi birthday dengan anak ke-2, Nubhan -

Ucapan kudus, tazkirah untuk anak-anak kelas 3as 09' - hadiah gula-gula -

Kejutan kek harijadi dari kelas 3ka - Subhanallah !

Suapan tangan murabbi - ruhila (ketua kelas 3ka yang berkarisma)
disulami ceria ketawa anak-anak pelajar 3ka 09'



Jun 29, 2009

Syukurku Di Ambang 39'

Salam semua! Allahuakbar.. Sesungguhnya Anugerah ini segalanya dari DIA. Dari-Nya kita datang, pada-Nya jua kita kembali. Hidup ini adalah ladang akhirat. Terkadang leka menyinggah, lagha menjengah, alpa dilamun keindahan dan ujian dunia. Sesekali terasa sangat kerdil berbanding dengan insan lain. Anak-anak pelajar IPT datang ziarah ke bilik umi, membukit ilmu dengan langkah patriot membawa wadah Islam. Subhanallah, anak-anak muda itu begitu semangat menyumbang idea, bicara untuk adik-adik SMKB. Terimakasih. Ya Allah, suburkanlah jihad mereka, tautkan hati kami dengan talian iman, agar sentiasa mekar dan seiiring dunia akhirat. Menjelang usia, menyambut ulangtahun ke-39 ni ( 1 Julai ). Banyak yang terluah, tersirat. Syukur pada-Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Umi syukur;
1. Anugerah usia : selepas menempuh segala kritikal ujian sakit bulan lalu. setelah bertungkus mengharung saat kritikal sakit di ICU, umi masih diberi peluang menyambut hari lahir ke-39 bersama insan-insan tersayang... Sayang Allah!!
2. Anugerah kasih-sayang : terasa sangat limpahan kasih suami, anak-anak, kaum-kerabat, sahabat, pelajar dan semua yang mengasihi atas nama ihsan, ukhuwwah fillah. Doa kalian adalah penawar sakit, membina jati diri melawan ujian Ilahi;
3. Anugerah sihat : manusia sering tewas melawan nafsu makan, Ya Allah.. setelah ujian ini umi lalui, barulah sedar erti 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'. Sering berlaku ghalit dengan urusan dunia, terlupa makan sehingga gastrik menyinggah baru kelibut mencari ubat. Terkadang makan sehingga terlupa berhenti kerana terlalu enak! Baru kini umi memahami hasrat tersirat di sebalik sunnah. Sesungguhnya perut yang kosong, ubat penyakit hati dan malas.. Alhamdulillah. Terimakasih, Tuhan.. atas anugerah sakit ini. Aku, hamba-Mu yang sangat kerdil dan tiada upaya..

Doakan umi...

- sambutan harijadi umi ke - 38 (2008) -

Jun 26, 2009

KRB 09' - Kasih Tercipta!

Alhamdulillah, hanya DIA yang Maha Tahu betapa syukurnya atas kurnian ini. KRB 09' , terbina hasil idea Aminah, Ghani, terlaksana dengan restu pengetua SMKB, Cikgu Zul, terlakar dalam memory dengan kesungguhan, kehebatan dan rasa tanggungjawab barisan urusetia, fasilitator. Teruja dengan komitmen Marzuan,Wan Farhana, Nurulbadri seawal lantikan urusetia.. Buat Hasma yang terpaksa menangguh pulang untuk menyempurnakan tugas media dan dokumentasi, menyiapkan movie KRB untuk tatapan indah semua. Demikian juga Wan Nor, tampil di Kem sebaik turun dari Bas sebaik pulang dari UIA, demam pun belum kebah. Kesanggupan Shimah memikul beban tugas fasi atas nama 'bidan terjun'.. Terimakasih juga buat Syifaa' yang sudi menyinggah dan menyumbangbudi. Barisan urusetia lain.. Subhanallah. Jutaan terimakasih untuk Siti (bersilang tugas sebaik Urusetia Makan-minum serta tugas suri) Muriza yang merangkap tugas tarbiah, tegas memastikan semua peserta peka akhlak dan sahsiah sepanjang program, NurulIzzati yang merangkap su tugas khas, cekap dan sentiasa ceria menongkah hiba umi dan semua yang di sisinya, tidak lupa buat Badrul yang setia meneman pengarah... mengambil posisi urusetia yang tidak dapat hadir sepenuhnya... Ya Allah, terimakasih kerana memberi anugerah kasih anak-anak ini. Peserta kem, biar pada awalnya ramai yang bersungut kerana terkorbannya cuti hujung minggu, namun di hujung program ramai yang berhiba, bertangis sedih berpisah dengan fasi dan urusetia. Salam semut ilham Aminah, menyemarakkan kasih yang tercipta! Tahniah buat semua.. Semoga segala pengorbanan dan sumbangan kalian mendapat ganjaran dari Ilahi. Umi, sebahagian dari insan yang terlibat, memantau perjalanan program juga terkena tempias kasih ini, terasa hangat pelukan dari urusetia, fasi dan juga peserta.. Jika ada kekurangan dan ketidaksempurnaan, harap dimaafi. Sesungguhnya amat besar nikmat ukhuwwah bagi mereka yang benar memahami dan menghayati kerana pada ukhuwwah fillah inilah, tercipta kasih yang abadi, CINTA ILAHI! Segalanya ter'cipta' di KRB 09!!




- bergambar beramai-ramai -



- umi bersama fasilitator (aminah, unaizah dan wan) -


Jun 22, 2009

Di atas nama C.I.N.T.A

Assalamualaikum.. beberapa hari diterpa kesibukan kerja, menguruskan persiapan KRB 09, alhamdulillah, hari ini dapat juga menyambung bicara maya. Mencatatkan coretan, hasil pemerhatian insan kerdil di bumi Allah SWT ini. Umi sangat suka bicara pasal cinta, kerana bagi umi, manusia kerdil tanpa cinta. Cinta insan tanpa disulam cinta Rabb, cinta itu jadi pincang. Cinta Rabb tidak dihiasi cinta sesama insan, terkuburlah silaturrahim yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Atas nama C.I.N.T.A lah, sebuah keluarga jadi ceria, sahabat tak lekang berhubung, musuh sukar mampir, riak meminggir. Pastinya subur ikatan iman, sebagaimana suburnya bunga-bunga cinta sesama insan. Semalam, tika makan di Warung berhampiran Bank Islam.. umi temui beberapa keluarga. Ayah dengan anak.. berjalan beriringan. Wajah si ayah subur ceria, wajah anak penuh semangat. Pastinya ayah membawa anak melengkapi dokumen untuk ke IPT. Umi disapa seorang bekas pelajar SMKB.
" Umi ke ni? Kurus nye.. umi sihat! " ramai yang tahu tentang umi yang baru sembuh dari kritikal dua bulan lepas.
" Alhamdulillah.. "
" Anak saya dapat USM. " si ayah berkata. Ada nada syukur di situ.
" Subhanallah... Syukur. " umi memegang tangan si anak, genggam erat.
" Sekarang nak uruskan hal-hal nak masuk U ni la.. "
" ok, ok... tahniah dari umi. Belajar rajin-rajin ek!"
Kami bersalaman. Peluk-peluk.. Umi tepuk bahu, tumpang bangga.
Mencuri panjang pada si ayah, yang membetulkan kedudukan.
Pastinya kedudukan yang agak kemas dan yakin, kerana anak kesayangan sudah jadi pelajar IPT.
Alhamdulillah.. sekitar umi, lalu-lalang.. ramai lagi pasangan ayah, ibu dan anak, anak dengan ibu. Umi doakan agar anak-anak ini sentiasa meletakkan ibu, ayah. Insan pendorong sehingga berjaya merangkul segulung ijazah. Minta jauh dari halangan, samada cinta atau budaya atau apa sahaja. Haruslah diingat atas nama C.I.N.T.A, korbankan dulu hasrat untuk berseronok.. berlibur tanpa batas, kerana keseronokan itu bersifat sementara. Hanya cinta Allah yang hakiki, cinta ibu dan ayah. Penuhilah impian mereka.. Di IPT nanti, jika ada pun cinta ajnabi yang menyinggang, jangan sesekali menggantikan taat cinta kita pada yang lebih berhak.. Salam perjuangan!

Jun 18, 2009

Buku-Buku Terbitan UMFL Resources

Buku-buku terbitan UMFL Resources:

















Mumtaz Koleksi Soalan Objektif Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5


Mumtaz Koleksi Soalan-soalan Topikal Pendidikan Syariah Islamiah Kertas 2 Tingkatan 5


















Mumtaz Koleksi Soalan Objektif Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4


Mumtaz Koleksi Soalan-soalan Topikal Pendidikan Syariah Islamiah Kertas 2 Tingkatan 4











Ayat-ayat Hafazan PMR Tingkatan 1-2-3




Bakal terbit Jun 2009:














Mumtaz Koleksi soalan Mirip Peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan 1-2-3











Ayat-ayat Hafazan SPM Tingkatan 4-5




Jun 17, 2009

Bila Jiwa Gersang Iman

- gambar umi dengan nu'man di kebun hasma kat tg pari -

Assalamualaikum, umi di sekolah. SMKB kini demam peperiksaan pertengahan tahun. Meskipun staf, guru dan pelajar masih bersusun menunggu 'turn' dijangkiti wabak 'chikunya." MashaAllah, tidak ramai yang sedar, wabak ini ialah inzar yang entah berapa ratus dari Allah untuk umat Nabi Muhammad.. kerana gejala dan virus budaya kuning tetap segar membiak bagai cendawan tumbuh. Allahu Akbar, tiba-tiba terasa diri amat kerdil. Hati, jiwa terasa gersang, di manakah kedudukan di sisi-Nya tika ini? Dalam Inayah @ murka-Nya ? Gerun mengenangkan masa depan, ranjau yang perlu diredah anak-anak umi yang masih kecil. Tidak kurang gerun mengenangkan status di negeri abadi.. Ya Allah, Ya Rahman... Ampunkanlah segalanya.

Jun 15, 2009

Alahai puteri-puteriku...


Salam maya untuk semua. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menikmati ceria pagi, bunyi kicau burung, rengek anak kecil.. bagai hiburan di pagi hari untuk wania bekerjaya seperti umi. Terimakasih jua, buat anak-anak puteri yang sudi bertamu. Syifaa', Khairunnisa' dan Hasma.. Hadir kalian, mengisi lompong petang. Bersiar-siar dan berbual. Apa yang ingin disuarakan kali ini, isu-isu terhangat. Berita terbaru anak-anak didik di IPT, Subhanallah..
" Umi.. ramai ex smka yang dah free hair.. " umi menelan air liur . Terasa kelat dan pahit.
" Ramai ke? "
" Sangat... " ......... Ya Rahman, hati kecil umi mohon hidayah.
" Umi... jika tak free hair pun, tudung yang labuh dah jadi semakin kecil, pendek"
Bab tudung ni isu sikit... ok, tak pa. teruskan bercerita.
" ... then, jika masih kekal tudung ok, bab couple pulak umi.. dating, msg , call. Hasilnya result merudum! " Ya Allah, puteri-puteriku...
Alangkah rapuhnya, alangkah mudahnya, alangkah sukarnya...
Benteng apakah yang mampu melawan budaya ini meresap pantas? Didikan ibubapa atau kasih guru atau tarbiah murabbi. Subhanallah...
Berapa banyak masa terbuang dengan msg dan call yang tidak bermakna dan tiada manfaat, sekadar mencalar lapis iman yang sudah kian menipis.
Alahai puteriku... Semoga terbuka hidayah baru untuk yang telah tersasar, semoga bangun anak-anak yang telah tersungkur. Semoga jil Islam kembali mendokong wadah Rasul.
Apapun... Tahniah buat anak-anak yang bertahan dengan imej muslimah, akhlak terpuji, sahsiah warisan Junjungan. Salam sayang buat semua...

Jun 10, 2009

Salam Penghujung Cuti

Assalamualaikum. Salam penghujung cuti untuk warga sekolah (guru dan pelajar), salam rehat untuk anak-anak IPT yang masih menyumbang bakti di sisi keluarga. Semoga cuti kalian dimanfaatkan sepenuhnya untuk family dan masyarakat. Baru-baru ini, tika menunaikan solat musafir di RnR, bertemu dengan seorang pegawai polis wanita.. Bicaranya bernada prihatin, kecewa dan agak kasar tapi ber'isi'.
" Ramai wanita yang solat sini, bukan perempuan tapi betina!" ujarnya.
" Maksud puan ?" umi mengerutkan dahi.
" Iyalah... tau nak solat, tapi telekung di'perosok'kan ke hujung dinding, sejadah tak dilipat, sampah merata-rata, ini bukan perempuan tapi betina!" nadanya tinggi dan kecewa.
" Oooo... " terkedu umi. Tak tahu nak respon bagaimana.
Umi meninggalkan ruang solat dengan pelbagai persoalan. Mengapa harus berlaku perkara sebegini? Jika kita di rumah, dilatih ibu sentiasa lipat telekung, simpan sejadah kemas di rak. Mengapa ianya tidak boleh dipraktikkan di semua tempat. atau barangkali wanita hari ini biasa dimanjakan dengan 'bibik' dan pembantu, atau remaja kita dimanjakan oleh ibu yang sentiasa menyelesaikan urusan mengemas bilik dan ruang tamu.. sama-sama kita muhasabah. Apa pun, jadilah seorang 'wanita', bukan 'betina' di mata masyarakat... Wasallam.

Jun 4, 2009

Allah sayang ukhuwwah kita..

Assalamualaikum... salam cuti untuk semua. Especially, untuk anak-anak umnfl's group. Maaf sangat-sangat.. (borang ahli full capasity plak.. nanti umi edit lain ye.. ). Bila dah ok, umi announce lain. InsyaAllah. Hmm wanna share something, teori getaran - means kehendak yang didoakan, pass pada-Nya.. ada tiga perkara yang umi doa, termakbul hari ini. 1st. result exam utm, kuar dan anakanda hasma dapat apa yang dicitakan.. InsyaAllah. 2nd. hajat jumpa anakanda chak.. Alhamdulillah. 3rd. program anakanda aminah direstui pihak pengurusan sekolah. Alhamdulillah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Memenuhi Hajat.. Ada lagi beberapa hajat, kehendak.. (getaran) yang belum termakbul. Ada hikmah yang tersembunyi, barangkali naluri hamba dan keabdian insan belum pasti. Pasrah dan redha belum sebati. Tetapi apa yang pasti, Allah sayang kepada hamba-Nya yang secara jujur menyalurkan cinta dan sayang pada insan lain. Allah Maha Memahami erti kasih dan rindu... Terimakasih Allah. Terimakasih atas ukhuwwah yang sentiasa mekar.. hingga akhir hajat. Ameen. So kepada anak-anak yang sedang bercuti, jangan lupa Allah (solat hajat, tilawah), jangan lupa buku (calon PMR, SPM). Tika ini masa yang paling sesuai melaksanakan tugas sebagai anak soleh. Taburkan jasa, semaikan budi untuk ibubapa tercinta yee... ( sebak pulak.. umi ni yatim piatu.. Semoga ibubapaku bersemadi di alam sana dengan pengabdian kekasih Ilahi.. Ameen).. Permisi dulu.
zwani.com myspace graphic comments