Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Feb 23, 2009

Lagu Pembakar Obor Perjuangan.. .

Salam... hari ni, umi sangat sibuk. Kelas penuh. Ujian. Penat, lelah... rahmat dari-Nya. Tiap kali, rasa letih hadir, umi ingat lagu nasyid yang sering dinyanyikan bila ada pertemuan dengan umnfl's group. Ia jadi pembakar semangat. Lagu inilah juga kenangan abadi, aluanan terakhir umi dan arwah ateh (Fathiyaton Fisal) - bekas pelajar SMKA Baling- InsyaAllah, ada kenangan yang mahu dikongsi, ada rasa dan hiba.. segalanya berbaur. Barangkali di kalangan anak-anak umi di luar sana yang membaca blog ni, pernah melagukan bersama.. ingatlah umi sentiasa di sisi kalian. Tabah dan kuatkan semangat. Jom kita nyanyi...

Jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian....
adalah tarbiah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semua adalah nikmat dari Tuhan...

al-Fatihah.... Kenangan abadi bersama ATEH

1 comment:

Anonymous said...

semua insan ada lagu hidup masing2..lagu yang membawa semula luka lama berdarah...mengimbau gelak tawa mesra...lagu penghilang lelah tika dugaan bertalu-talu menerjah....bila terasa keseorangan..lagu menjadi teman..biar meleleh air mata jatuh ke pipi..tapi at the end kita akan lega....terasa hilang seketika beban dihati....i'allah derita kita tak akan berpanjangan...mungkin kita penat dengan hidup....terasa macam nak dipejam ja mata....berehat seketika..tapi tak boleh.....jangan risau..kawan2 semua ada..ramai orang2 disekeliling umi sentiasa memberi sokongan untuk umi terus menapak di dalam masyarakat di sini..bertapak didalam hati kami...
chaiyyok!!!

zwani.com myspace graphic comments