Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

May 28, 2009

Makna Cuti

Assalamualaikum... Hari ini cuti sekolah bermula. Pertanyaan yang biasa umi terima.. "Bercuti ke mana ?".. umi just senyum. Soalan mudah, sukar dijawab. Apatah lagi bila soalan itu datang dari bibir ibu mertua, atau kerabat di Terengganu. Fuh! Sangat sukar... Ya la. Cuti ertinya rehat, rehat ertinya berseronok. Seronok itu bila bersama insan-insan yang dirindui. Pastinya rindu balik kampung kat Terengganu. Sesungguhnya rindu sangat pada kerepok lekor, desir pantai di petang hari, gurau-senda adik beradik. Terkilan juga, kenduri Ayie , Ida , Ayu (koleksi anak-anak saudara) tidak dapat join. Rindu juga nak jengok cucu-cucu saudara (anak ida,ayu,saiful,latif,rus, liza) yang baru menjengah dunia. Subhanallah, rindu sesungguhnya.. ya Allah, pohon dipanjangkan tempoh 24 jam agar dapat menyempurnakan segala kerinduan.. Justeru itu, kira-kiranya umnfl's family jarang bercuti. Bila ditanya soalan tadi, jawapan lazim dari umi.. "Hmm tak ke mana kot, tak sempat.. kerja banyak" dan mereka akan respon, "Hai, susah-sudah la sibuk, kerja kalau ditunggu memang tak pernah habis. Umi sentiasa sibuk, pergilah berehat kat mana-mana sama, bawa anak-anak bercuti.. " How sweet if i can enjoy it! How much i want to rest, relax, doing nothing... just be happy.." tapi itu bukan cara umi.. Hatta sebelum mata lena, berlambak list tugas, perancangan, impian, cita-cita menerpa sehingga terkadang sukar tidur, memikirkan masa yang tak pernah cukup. Benarlah bicara pendita ilmu.. "Tugas yang terpikul di bahu sangat banyak berbanding masa yang kita ada".. So, cuti kami dipenuhi dengan siapkan buku-buku terbitan UMFL RESOURCES, kerja-kerja rumah, mantau akademik umnfl's kid (anak-anak umi yang comel dan cergas itu) . Pada cuti kali ini juga, ustaz sejak semalam mula sibuk dengan program TUNAS MUDA. Nu'man seminggu ini penuh dengan agenda tuisyen UPSR (jam 8-12).. Umi? Biasa.. kerja-kerja suri yang tidak pernah siap, bertemankan laptop, menyiapkan beberapa siri buku dan modul yang tertunda. I'm happy wit it.. Itulah kehidupan dan makna cuti. Sebelum petanda ajal menjengah lagi. So again, selamat bercuti buat semua! Buatlah yang baik, jauhkan yang lagha... Do the best! Wasallam.

May 27, 2009

Salam alaik... Apa khabar semua ? Hari ini , hari terakhir gerai Usahawan, juga akhir sekolah sebelum cuti pertengahan tahun. Semua warga senyum, kalian yang bernama pelajar juga akan senyum... Guru-guru apatah lagi, pastinya umi antara yang turut gembira. Pagi-paginya tiada lagi suasana bingit menyuruh anak-anak bersiap. 'Cepat, bangun, dah jam 6! Mandi, solat.. ".. Semoga cuti ini terisi dengan baik.. InsyaAllah. Anak yang, Nu'man semakin hampir dengan UPSR. Gementar umi dan ustaz.. Anaknya selamber je.. Waduh!
Hari ini, umi ingin kongsi mengenai 'korban'.. Segalanya bermula dari kasih-sayang. Sesungguhnya masa, tenaga dan wang ringgit boleh dikorbankan puncanya KASIH dan SAYANG! Seorang suami melabuhkan setia pada satunya isteri kerana sayang dan tidak mahu menduakan insan tersayang.. (ini kata ustz Shams), anak sanggup melupakan keseronokan main dengan kawan-kawan kerana tidak mahu membuatkan ibubapa gelisah, resah. Dari kasih, sayang ini akan timbul ketaatan samada secara paksa atau rela. Namun sesungguhnya berkat taat anak pada ibubapa selagi betulnya dengan syarak.. Janji Allah ialah pahala dan syurga. Justeru anak-anak umi di luar sana, sayangi insan-insan tersayang... Usah dibelenggu hati mereka dengan kerisauan dan keresahan. Salam perjuangan buat semua ibu dan bapa!

May 24, 2009

SIBUKNYA DUNIA BISNEZ!

Subhanallah... Sujud dan syukur kepada-Mu. Akulah hamba yang sering rebah dan tewas dengan godaan nafsu, akulah hamba yang sering gersang zikir. Ya Allah, semoga terampun segala dosa. Hari ini, Hari Usahawan. Pengawas diberi peluang satu lokasi. Alhamdulillah.. sahabatku, Roendah dan Hashimah banyak membantu.. Wan, Nurul, Hanis dan Azni juga tak menang tangan.. juga Mutalib, ust wahab yang rajin meninjau persiapan. Kurang sempurna sebab chef pengawas, ust fuad tiada di sekolah. Jika tidak pasti lebh meriah. Syukran kepada semua. Penat sepagi menyediakan jualan. Biar untung belum nampak depan mata. Rupanya berniaga ni kena bijak mengatur cara, mencatur untung-rugi. Semua yang dijual, laku. Apatah lagi konsep Ayam Goreng RFC - SP Imported - sambutan cukup baik, tak sampai 10minit, licin 50 ketul! Tahniah pada pengawas smkb (anak-anak T2 dan T3). Terasa ngilu tempat operasi 2 bulan... perlu di-ignore-kan buat sementara. Urusan sekolah - anak-anak yang sedang bergelut dengan peperiksaan pertengahan tahun harus diutamakan. Tidur umi semakin berkurang, malam tadi 'baby' tiba-tiba panas pulak, terus tak boleh lena. jelum... sampai pagi. Subhanallah. Alhamdulillah, masih dikekalkan anugerah rasa 'sayang seorang ibu' - jenuh difikir bagaimana rasa ibu yang sanggup bunuh, tikam, dera anak sendiri. Barangkali golongan ini bukan sahaja berjiwa binatang.. malah 'tidak pernah memiliki jiwa' sekalipun! Nau'zubillah! Sebentar lagi kelas 5AS sehingga jam 2.50. Perjuangan ilmu harus diteruskan... Sayonara.

May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Salam... lama tak menulis. Hampir sebulan, sangat kalut dengan urusan kerja dan rumahtangga. Memenuhi keperluan sebagai guru, ibu dan isteri. Ruang dan masa yang sangat terbatas.. termasuk hari ini. Banyak juga yang dipelajari dan mempelajari. Semoga diri ini terus kekal jadi guru yang setia mendidik, tekun menyelesaikan segala masalah diri dan pelajar. Semoga terus sabar dengan kerenah pelajar. Ya Allah, terasa sangat kurang ilmu dan pengalaman. Tempoh 13 tahun perkhidmatan guru, umi masih tandus idea. Bagaimana membentuk insan mulia sahsiah... Bantulah para pendidik budiman Ya Tuhan.. Jinakkan hati anak didik kami agar mereka mudah menerima panduan dan syariat-Mu. Umi permisi dulu. Thanks for everythings!

Apr 25, 2009

SEKADAR BINGKISAN RINDU

Salam untuk semua pembaca... Apa khabar ? Apa khabar iman dan rafa'mu ? Sentiasakah hadirkan pasrah di hati ? Atau terkadang kita terkedang di lautan sepi ? Khusyukkah solat kita hari ni ? Gemilangkah amal kita 2-3 hari ni ? Allahu akbar, muhasabah ini.. bukan saja untuk kalian, sebenarnya untuk diri sendiri... Insan yang sering alpa. Astaghfirullah.. Ya Allah, hadirlah kasih-Mu untukku, limpahkan rahmat-Mu untukku..

Ok... Umi ada kelas 3KA ni. Jumpa lagi. Salam rindu untuk semua! Wasallam..

Apr 22, 2009

Syukuri musibahmu...

Salam... Mudah-mudahan diberkati semua pembaca maya. Seketika, insan mudah terleka, dengan kesibukan dunia. Sekadar menghela nafas resah atas musibah semalam, atau mampukah bibir mengukir senyum atas teguran yang datang dari langit ? Musibah atau rahmat? Bebanan atau ujian ? Segalanya terlakar oleh iman kita. Anak-anak umi di luar sana, sesungguhnya iman kita amat nipis, ibarat senipis kulit bawang, juga umpama sebesar biji saga.. mudah goyah, runtuh dan tersungkur. Subhanallah! dengan mihnah, tribulasi yang terkadang melontarkan kita jauh dari kelompok insan beriman yang dirahmati Allah, mampukah kita mengintai keindahan syurga ? Atau bolehlah menerobos ruang impian untuk menjadi penghuninya? atau kita sekadar bagai burung kakak tua.... bicara tidak sehebat amalbuat. Sekadar mendabik diri insan beriman yang tabah, tapi diri sering rebah di pintu dosa dan maksiat. Astagfirullah! ( Hari ke-5, kembali bertugas di SMKB )

Apr 20, 2009

UMI KEMBALI MENULIS

Assalamualaikum semua... Hmm don't know how to start. Perasaan sangat berbaur, gembira, sedih,terharu... Yang pasti kesyukuran yang tidak terhingga pada Yang Maha Berkuasa. Akhirnya jemari ini masih diizinkan Allah menekan papan kunci laptop kesayangan.. Subhanallah! Alhamdulillah, hari ini hari ke-3, umi kembali bertugas di SMKB setelah bercuti rehat sekian lama. Kini, umi menghela nafas lega (walau belum pulih sepenuhnya), kembali menatap wajah anak-anak pelajar yang dirindui, kembali ke bilik comel umi di penjuru bilik Tayangan.. Allahu Akbar! Besarnya kasih-sayang-Mu Ya Allah, kerana masih memberi peluang bernafas, meskipun ketika di ICU.. umi sempat memikirkan, masih adakah peluang untuk umi menulis di Blog ini. Sebenarnya sangat banyak yang ingin umi kongsi, ceritakan. ada catatan diari yang barangkali boleh umi paparkan untuk muhasabah bersama.. InsyaAllah, umi akan post bila sampai masanya.. ( kena edit dulu! ).. Cukuplah dulu hari ini. Sentiasa ingat Allah walau di mana dan keadaan mana pun kita. Umi ingat kata-kata doktor Manisekar (doktor yang merawat umi kat KMC, Alor Setar) sebelum umi di-endoscopy- untuk menyelamatkan nyawa umi (tika itu umi dalam keadaan agak kritikal) .. katanya, TRUST YOUR LORD! Yes! itulah kata-kata keramat kita.. YAKIN DENGAN ALLAH! Terimakasih Tuhan, kerana-Mu aku kembali...

Mar 2, 2009

Doa untuk al-Aqsa

Alhamdulillah... sessi P&P hari ini berakhir dengan sempurna jam 1.30 tengahari tadi dengan kelas 4SA - Cuaca panas seakan menghamburkan hawanya kepada insan. Subhanallah, setakat ini pun pun, umi dah cukup kepanasan. Ditambah pula, kesihatan yang kurang baik. Ya Allah, ujian sekecil ini pun mahu merungut... Wahai yang bernama manusia. Jisimmu yang sering diperdagang adalah pinjaman, malahan segalanya pinjaman dari Yang Hak. Allahu Akbar, semoga kita tabah meredah ujian dan cabaran. Malam tadi, tengok tv3, tayangan slide serangan ke atas bumi Gaza. Sedih, sayu berbaur... Selamatkanlah Al-Aqsa.

Feb 28, 2009

Inzar Yang Sepi

Assalamualaikum semua...
Sekadar berkongsi satu hukum. Hukum Allah SWT itu nyata, kegunaan nikmat-Nya mata, hati, telinga ( Rujuk Surah al-A'raf: 176) ke arah yang salah hanya mengundang padah, iaitu DOSA. Dari kecil lagi, kita sudah didedahkan dengan hukum ni. Biasanya ibubapalah orang yang pertama perkenalkan hukum ni. "Jangan ... nanti dosa, Allah marah. Karang masuk neraka!" Ayat-ayat cegahan ini berlangsung sampai sekarang. Setiap tegahan itu disertai dengan harapan dan doa agar anak-anak akan jadi insan patuh dunia akhirat... Seharusnya perkataan DOSA itu sudah sebati dan dijadikan sebatian dalam jiwa muslim. Namun musykilnya, selepas baligh dan DOSA itu mulai ditangguh sendiri, ianya menjadi tegahan yang sering dipandang remeh dan dianggap sepi. Kerap juga Allah menunjukkan inzar (pengajaran/peringatan) seperti Tsunami, banjir besar dsb, tapi berapa kerat sahaja yang insaf dan berubah ? Hari ni diketuk, kita tersedar. Esok bila tiada lagi ingatan, maksiat beraja di hati. Barangkali kita lebih suka, Allah datangkan bala yang lebih besar @ beberapa detik sebelum pintu taubat terkatup! Tatkala itu semua kalut nak insaf.. sedangkan 'nasi dah jadi bubur...' fikir-fikirkan... Salam sayang, umi.

Feb 27, 2009

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semalam ada program Kem B.Arab kat SMKB. Alhamdulillah, fasi-fasi semua cergas, bersemangat. Umi dijemput bagi slot muhasabah. Sekadar berkongsi perasaan. Emm sebenarnya setiap kali 're-call' ni, mengenangkan pengorbanan ibubapa, rasanya umi lah yang paling sedih, kerana status anak yatim-piatu. Tiap kali video lagu e-man ditayangkan .. sebak. Menitis air mata, rindu sangat nak jumpa mereka.. Semoga jasad ibubapa umi ( Hajah Maimunah bt Salleh/ Haji Ali bin Salleh ) bersemadi tenang di sisi-Nya. ameen..

Lagu ni khas untuk Arwah Bonda tersayang... senyummu, usapmu, belaianmu sentiasa kudambakan...

ibu... bergenang air mataku..
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau harapkan
bagaikan laut yang tak bertepian...

alah... can't finish.. Sebak sangat.

zwani.com myspace graphic comments