Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Sep 13, 2011

USAH MUDAH MENGATA


"Eh.. aku tengok bukan main sakan lagi *** berniaga.." Berkata seorang sahabat.

"Alhamdulillah... sekurang-kurang dia berusaha.." Umi menjawab.

" Ya Allah... duit gaji dah berlambak, buat apa nak niaga lagi... " Sungut sahabat itu lagi.

Dahinya berkerut.

" Datuk Siti Nor Bahiyah bukan sekadar berceramah yg ribuan 'income'nya, malah ada butik sendiri, selain consultant anak soleh, juga beberapa aktiviti niaga yang lain. Dato' Haji Fadhilah Kamsah juga seorang usahawan, ramai lagi org2 yg bergaji tetapi berniaga.. kita sahut seruan sunnah .. 99% pintu rezeki.." umi menduga.

Sahabat itu terkedu.

Dahinya berkerut.

JANGAN SELALU MENGATA

Kita selalu sentiasa merasakan, org berniaga tu banyak duit. Alhamdulillah. Rata-ratanya begitu. Namun ada yang berniaga sebab menampung keperluan bulanan. Barang harian semua dah mahal.. minyak naik, pampers naik, mas kahwin pun naik!! Umi sering menerima sungutan shbt2 yang bertungkus-lumus berniaga ni.

"Malaslah umi, depa dok kata kita kaya... walhal, depa tak tahu kita ada tanggung banyak.. duit gaji ciput jer, bila niaga ni boleh la ber'kuak' sikit.. bukan boleh jadi jutawan pun! Untung pun cukup2 makan.." sungut seorang kawan yang berniaga.

"Biarlah... kata-kata depa tu doa.. nanti kayalah!" umi nak sedapkan hati. kebetulan umi pun sering menerima kata-kata yang sama.

"Bilalah org melayu kita nak maju jika pakat dok berdengki macam ni.."

"Terus jer menjual...Allah tahu, kalau dapat pembeli di kalangan org yang dok mengata tu, lagi best! " Umi angkat ibu jari..

"Umi ni... " rajuk sahabat.

"Relax ler... jgn tention.. alang2 berniaga.. biarlah jutawan. Dapat dua gaji. Cuma kena pandai cari bisnez yg sesuai dengan kita, kemahiran kita. Nak tunggu org tak mengata, sampai bila kita tak bergerak.. " Umi tersenyum. Sahabat niaga nampak lega.

Syukurlah..

JADILAH INSAN YANG SENTIASA MEMBERI

Fikir-fikir, hidup kat dunia ni, tidak pasti bila... ajal maut tak tentu bila. Pernahkah terfikir, apakah 'guna' kita kepada insan sekeliling? Adakah kita sentiasa menyenangkan ahli keluarga, sahabat dan taulan.. atau ada @ tiada kita sama sahaja. Yang lebih ditakuti.. tiadanya kita lebih menyenangkan orang lain. Nau'zubillah. Umi suka kata-kata tema SaifulIslam - "Erti Hidup Adalah Memberi".. cuba sebaiknya aplikasi dalam keluarga, sentiasa memberi kepada suami yang terkadang perlu bantuan kewangan tanpa merungut, mahupun berkira.. sentiasa memberi ruang anak2 bersuara - mana yang suka @ yang tidak suka - sentiasa 'ada' ketika mereka memerlukan kita, sentiasa memberi apa yang termampu. Bukankah kita juga bahagia bila melihat orang lain bahagia - lebih best lagi, kita yang membahagiakan mereka! Manakah yang lebih seronok.. bila anak2 merungut.. "Mak ni... asyik membebel jer, kita buat semua tak kena..!! atau kita terdengar anak2 bersembang sesama mereka.. "eh.. abang dengar mak kita ada masalah kewangan, apa kita kumpul duit dan belikan sesuatu yg boleh bantu mak kita? .. atau "Mak kita tu... best, kan.. abang! " Justeru keluarga yang sentiasa memberi akan dilimpahi sifat saling berkorban dan tidak mementingkan diri.

SELAMAT EID FITRI

Raya adalah satu kejayaan. Sebulan bersekang dengan nafsu segala. Mudah-mudahan, segala amalan kebajikan - ikhlas - diganjarkan Allah pahala dan syurga. Belum terlambat kiranya, umi nak ucapkan selamat hari raya... Maaf segala-galanya! Semua anak-anak, kekawan, sedara-mara. Pastinya dalam pergaulan, byk bicara yang tersasul, ada hati yg terluka. Lebaran ini adalah ruang terbaik untuk memohon maaf.. Ampunkan segala kesalahan hamba ini, waimma ianya disengaja apatah lagi tidak disengajakan.

zwani.com myspace graphic comments