Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jul 27, 2009

Bermula cabaran UPSR


Alhamdulillah... hari ni, anak sulung umi nu'man berjuang di pentas UPSR. Biarpun sekadar percubaan, tetapi menguji kecekalan, kesungguhan, kesabaran dan ketekunan. Semua ahli keluarga terlibat secara langsung atau tidak langsung. Umi, getaran hati bermula. Semoga nu'man cemerlang dunia akhirat.. Segalanya bermula hari ini.. Ya Allah, moga tersingkap segala hijab jiwa. Ya Rabbi... Ya Rahman.. Limpahkanlah sayang-Mu buat keluarga naufal. Amen.

Jul 26, 2009

Program 'Sehari Bersama' Pengawas

Allahu akbar... bertamu ke Lata Bayu untuk mengendalikan sejumlah 60 pengawas yang pelbagai ragam bukan semudah menjaga anak-anak comel umi yang berlima itu. Terimakasih kepada sahabat umi, Shimah, Roendah dan Talib kerana sudi turun padang bersingsing lengan. Pengorbanan masa dan tenaga kalian pasti ada ganjaran. Memahami kesukaran sahabat-sahabat yang lain untuk hadir adalah cara terbaik untuk mengendurkan resah diri. Alhamdulillah, program berjalan lancar, perkara paling ditakuti oleh umi - cedera! Hanya kelihatan amry yang terhenjut-henjut, sementara anak-anak pengawas yang lain senyum puas sebaik acara main bola dalam air berakhir. Fuh! Mantap, bertenaga dan penuh kontroversi.. anak-anak SMKB sungguh energetic! Berlari meredah sungai, merangkak dalam air ala tentera, meniti tangga ke menara, menimang bola ping pong dengan sudu di mulut pasti diingat sebagai nostalgia indah di tika tua nanti. Pengunjung-pengunjung Lata Bayu jua melihat ceria kerana anak-anak SMKB yang sopan lagi bergaya. Syukurlah.. banyak yang tersurat dan tersirat. Mata umi pula banyak melihat fenomena, gelagat dan kerenah pengunjung lain hari itu.. Alhamdulillah, kebanyakan anak-anak SMKB masih terjaga susila dan adab. Ada yang bertanya umi bila melihat sekumpulan pelajar IPT yang turut sama ber'rehlah'.
" umi... macam tu ke jika di universiti nanti?
takut saya... "
" nape takut pulak ?
" sosial sangat.. dalam air lelaki, perempuan. Dok rapat-rapat. Tak tutup aurat.. "
" Itulah cabaran iman.. You choose which way. Ada yang soleh, ada yang toleh.. "
Sesungguhnya biar di bumi mana pun kita, pokoknya kehendak dan siapa yang di sekeliling.. Carilah kekuatan pada ukhuwwah kerana ia benteng iman dicerobohi, jangan menduga iman yang sekelumit kerana teguhnya belum pernah teruji.. Selamat berjuang bakal penghuni IPT!

Jul 20, 2009

Petanda Setia Israk Mikraj


Beberapa hari, sepi mengunjung blog. Sebaris rindu menerpa. Tengahari ini, umi baru selesai menghabiskan kelas sessi pagi. Alhamdulillah. Se malam, muslim menyambut hari Israk Mikraj dengan pelbagai cara. Ada ceramah, forum, kuliah... keluarga kami memilih percutian di Bukit Merah Lake Town untuk melestarikan rindu 'rehat', kerana hujung minggu pun padat program, sukar menghabiskan masa bersama keluarga. Alhamdulillah.. Bicara Israk ini tidak lengkap tanpa serinya nama Abu Bakar as-Sidiq, Aishah,Mashitah.. Petanda setianya sahabat mengiyakan segala bicara Junjungan. Petanda setianya isteri mendambakan Islamnya Firaun. Masih adakah lagi, teman sehebat Abu Bakar, isteri semulia Aishah atau iman seteguh Mashitah? Allah...

Jul 14, 2009

Ingatan dari Ilahi

Assalamualaikum! Seminggu tidak menulis, umi rindu menatap bicara anak-anak di ruang sembang, sebenarnya diuji dengan virus yang menyerang laptop (seminggu dalam pemulihan), Subhanallah... ujian ini satu ingatan. Harus siagakan laptop dengan anti-virus yang boleh menangkis serangan. Alhamdulillah, kerana Allah masih sayang dengan usaha dan kerja dakwah melalui tulisan, maka diselamatkan segala bahan-bahan yang belum tercetak. Sykur Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Tahu... Bila dikaitkan dengan kehidupan hari ini, benarlah setiap hari harus sentiasa menyediakan anti-virus, suntikan diri dan insan di sekitar kerana virus hidonisme semakin menular dan rancak menyerang tanpa mengira siapa, ia terkadang meresap masuk ke dalam minda tanpa disedari. Allahu akbar! Syukurlah dengan ingatan suci ini...